/ Apa itu Kursus Pengurusan Hartanah, UiTM
Sunday 22 May 2016 x 23:22
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Saya student kursus Pengurusan Hartanah, UiTM. Apa itu Pengurusan Hartanah? Pendek kata, pengurusan hartanah ni pasal segala urusan tanah atau segala benda yang melekat kat tanah ni. Awak akan belajar jenis-jenis rumah, keluasan tanah, shopping complex, petrol station, cinema dan macam-macam lagi. Kos ni menarik sangat. Kenapa ?
1. Banyak presentation.
Kursus ni kena rajin sikit, tak macam kebanyakan kursus Senibina yang lain, yang buat kerja studio. Kursus ni kena banyak membaca, faham, pandai bercakap. Bagi yang paling tak suka buat presentation masa sekolah dulu, ha kena suka la kalau nak ambik kos ni ye. Markah assignment awak, sebahagiannya dapat dari presentation tau. Merasa lah nak, jadi macam orang business.
2. Selalu update isu semasa.
Masa saya belajar ni, ada kawan sekelas yang memang suka update dan share sekelas tentang isu semasa. Penting untuk tau. Sebab setengah lecturer akan tanya, dan berkaitan dengan apa yang nak belajar nanti. Pandai-pandai la kaitkan ye. Boleh la terasa ala-ala reporter nanti ye.
3. Belajar Undang-Undang Tanah.
Boleh la kalau nak rasa macam jadi lawyer sebab ada belajar law. First semester, awak akan belajar keseluruhan law, bukan law tanah je ye. Masa ni la law yang paling best and enjoy nak belajar. Sebab 1
st semester, saya dapat Sir Azhan yang mengajar, memang terbaik, guarantee menjadi pelajar yang Cerdik dan Tabah. Boleh la nak acah-acah sembang belajar Law dengan membe yang ambik kursus Law. :)) Naik Second Semester, bosan sikit ye, law jadi specific kepada law tanah sahaja.
4. Melukis pelan rumah
Nak rasa jadi arkitek? Boleh je, Nanti markah awak pun dikira melalui lukisan. Lukis pelan rumah, lukis tingkap, tangga. Jangan risau senang je. Tunjukkan la bakat melukis, release stress tau masa ni.
5. Groupwork
Masa ni awak kena belajar bekerjasama dengan ahli kumpulan lain nak siapkan assignment. Pandai-pandai la pilih kawan-kawan yang boleh buat kerja. Kalau salah pilih, makan hati. Kalau pilihan yang betul, senang hati, Trust me. Benda ni la mematangkan awak & naikkan semangat nak belajar.
Banyak lagi perkara menarik yang awak akan dapat, percaya lah. Kos ni tak sesusah Bidang Sains Tulen masa awak ambik SPM dulu ye. Ada masa awak boleh relax, tp jangan terlalu selesa. Sekali salah langkah atau lari dari niat nak belajar, awak terus jatuh tau.
Pilih lah kos ni dan rasa la sendiri pengalaman jadi budak Pengurusan Hartanah ni ya.
Masa pendaftaran kursus, benda pertama awak kena tahu, kos awak ni Pengurusan Hartanah. Tapi bila dah masuk UiTM nanti, jarang dah guna pengurusan hartanah tu. Kalau kerani office tanya awak kos apa, awak kos
EM - Estate Management.
Office dekat sebelah Library UiTM je ye. Jangan sesat macam saya dulu.
Macam saya dulu ternganga je masa kerani office tanya awak 'EM' ke?
Kalau nak jawab benda yang sama macam saya dulu boleh je. 'Saya kos Pengurusan Hartanah'
Takde masalah. :))
Kalau rasa nervous nak jadi pelajar baru ke nak tanya apa-apa ke boleh je email saya kikardn61@yahoo.com